ISU mengenai kenaikan harga minyak terus menjadi bualan rakyat negara ini. Malah sudah ada rakyat yang mengubah cara hidup mereka. Walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak sehingga akhir tahun ini, namun ia menimbulkan persoalan sejauh manakah kerajaan mampu bertahan.
Turut menjadi persoalan, apa akan berlaku seandainya harga minyak dunia mencecah AS$200 setong menjelang akhir tahun ini seperti mana diramalkan? Untuk mendapatkan jawapannya, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan ROZILAN SALLEH menemui Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof.Madya Dr. Abd. Samad Nawi.
Dalam pertemuan itu, beliau menghuraikan mengenai kesan jika harga minyak terus meningkat dan pandangannya berhubung pemberian subsidi oleh kerajaan dalam usaha memastikan rakyat negara ini terus menikmati harga minyak yang agak rendah.
Dr.Abd.Samad juga memberikan pendapat berhubung persediaan yang harus dilakukan oleh kerajaan dan rakyat negara ini bagi menghadapi kemungkinan harga minyak mencecah AS$200 setong.
Bagi Dr.Abd.Samad dalam senario pergolakan yang berterusan di Timur Tengah kenaikan sebanyak itu bukanlah satu ramalan semata-mata sebaliknya ia boleh menjadi kenyataan.
Justeru kata beliau, kerajaan dan rakyat harus bersedia melakukan pelbagai tindakan bagi memastikan kedua-dua pihak tidak tertekan jika harga minyak terpaksa dinaikkan.
MINGGUAN: Pelbagai andaian dibuat berhubung kenaikan harga minyak, apa pandangan Dr. dalam perkara ini?
DR. ABD. SAMAD: Harga minyak naik mulai September 2003 iaitu kepada AS$25 setong, selepas itu ia meningkat lagi pada Ogos 2005 kepada AS$60 setong dan seterusnya pada Julai 2006 menjadi AS$78 setong, manakala yang terbaru bulan ini iaitu AS$140 setong. Ia diramalkan mencecah kepada AS$200 setong pada penghujung tahun ini.
Pelbagai andaian dibuat berhubung kenaikan harga minyak ini tetapi bagi ahli ekonomi, kami berpendapat ia berpunca daripada pergolakan yang berlaku di Timur Tengah. Ini memandangkan rantau tersebut menghasilkan dua pertiga daripada jumlah pengeluaran minyak dunia.
Paling nyata pergolakan di Iraq yang merupakan pengeluar minyak kedua terbanyak di dunia selepas Arab Saudi. Jika pergolakan di rantau berkenaan tidak dikawal, memang harga minyak akan naik. Justeru pergolakan di Timur Tengah adalah faktor besar yang menyumbang kepada kenaikan harga bahan bakar itu.
Selain situasi di Iraq, isu nuklear di Iran turut menjadi faktor kenaikan berkenaan, biarpun ia hakikatnya satu propaganda Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan Iran mempunyai kuasa nuklear. Turut menyumbang kepada kenaikan berkenaan ialah ketidakstabilan politik yang berlaku di Arab Saudi. Ketiga-tiga situasi ini telah menyebabkan berlaku penurunan kepada pengeluaran minyak dunia.
Turut menyumbang kepada penurunan bekalan minyak ialah situasi di luar wilayah Timur Tengah. Antaranya isu tunjuk perasaan yang tercetus di negara-negara pengeluar minyak seperti di Venezuela, Nigeria dan Indonesia kerana masalah politik. Malah tunjuk perasaan di Malaysia juga turut memberi sumbangan.
Ini kerana Malaysia mengeluarkan 600,000 tong minyak sehari dan daripada jumlah itu kita hanya menggunakan 400,000 tong manakala 200,000 tong lagi dieksport. Minyak yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia kerana dikatakan kurang sulfur. Tetapi minyak berkenaan dieksport dan kita mengimport minyak dari luar yang banyak sulfur, atas sebab itulah kita ada loji penapis. Minyak yang dimport oleh Malaysia adalah lebih murah.
Dalam soal kenaikan ini, bagaimana dengan cadangan supaya kita mempunyai stok penimbal bagi mengawal harga dan kontrak pasaran hadapan bagi minyak dihapuskan?
DR. ABD. SAMAD: Negara-negara besar seperti AS, China dan Jepun sememangnya mempunyai stok penimbal. Malaysia sememangnya tidak mempunyai polisi untuk menyimpan minyak kerana tidak memiliki kemampuan dari segi menyediakan tangki dan tong memandangkan ia melibatkan kos yang besar. Apa yang Malaysia ada setakat ini ialah loji penapis minyak seperti mana di Port Dickson.
Dalam soal pasaran hadapan, minyak sememangnya dibeli di pasaran itu. Sebab itu MAS dan AirAsia mampu bertahan. Ini kerana mereka membeli dengan banyak mungkin beberapa tahun sebelum harga minyak naik. Tetapi perlu diingat harga minyak juga boleh naik akibat daripada pasaran hadapan memandangkan mereka yang terlibat mungkin akan membeli dengan jumlah yang banyak apabila melihat kemungkinan harga minyak akan naik pada masa hadapan. Bagaimanapun saya percaya masyarakat dunia tidak akan bersetuju untuk menghapuskan pasaran hadapan ini kerana ia tidak akan memberi keuntungan kepada mereka.
Selama mana Malaysia mampu bertahan memberi subsidi bagi memastikan rakyat terus mendapat harga minyak yang agak rendah?
DR.ABD.SAMAD: Ahli-ahli ekonomi melihat pemberian subsidi hakikatnya hanya memberikan kerugian kepada negara tetapi kepada ahli politik terus terang saya katakan ia bertujuan bagi meraih undi.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan pemberian subsidi ini kerana ia mempunyai kesan yang tidak baik. Tetapi bagi orang politik ia penting kerana lagi banyak subsidi diberi, lagi banyak undi diperoleh. Ertinya ia hanyalah satu langkah untuk popular.
Bukan sahaja dalam soal minyak, Malaysia juga memberi subsidi kepada kereta contohnya kereta keluaran Proton yang dieksport. Tujuannya bagi membolehkan kereta berkenaan dijual dengan harga yang murah selepas menerima subsidi kerajaan bagi bersaing dengan jenama lain.
Itulah tujuan subsidi iaitu menurunkan harga tetapi dari segi ekonomi ia hanya mendatangkan kerugian.
Dalam isu minyak, peruntukan subsidi bagi bahan itu seharusnya boleh digunakan bagi membantu sektor-sektor lain yang dilihat ‘miskin’, ia termasuklah meningkatkan kemudahan pengangkutan awam serta mewujudkan pembangunan di negeri-negeri yang dianggap miskin seperti di Sabah.
Mungkin dari satu segi kita boleh memberikan subsidi bagi mengekalkan harga minyak di paras yang rendah tetapi persoalannya siapa yang untung? Sama ada hendak diakui atau tidak, pemberian subsidi ini hanya menguntungkan mereka yang terlibat dalam sektor industri sedangkan ia tidak mendatangkan banyak manfaat kepada golongan miskin.
Namun buat masa ini, kerajaan tidak ada pilihan, kerajaan terpaksa memotong subsidi kerana bebanan kewangan kerajaan akan bertambah teruk apabila harga minyak mencecah AS$200 setong.
Adakah keputusan memberi subsidi untuk popular atau tujuan lain?
DR. ABD. SAMAD: Kerajaan kata harga minyak tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini. Dari segi ekonomi, jika kerajaan tidak naikkannya, bayangkan kalau harga minyak naik AS$200 berbanding sekarang kira-kira AS$140, ini bermakna berbeza AS$60. Bayangkan berapa banyak subsidi Petronas harus keluarkan untuk menampung kenaikan ini. Mampukah Petronas berbuat demikian?
Pada saya ‘mengarut’ kalau kerajaan tidak naikkan harga minyak kalau harga di pasaran sudah mencecah AS$200.
Petronas akan menjadi lebih sukar untuk melabur semula keuntungannya. Memandangkan simpanan minyak makin berkurangan, Petronas terpaksa mencari wang selepas itu bagi melakukan pelaburan semula untuk mencari gali minyak di kawasan lain terutama laut dalam yang kedalamannya beratus meter, ini melibatkan kos sehingga ia boleh mencecah 200 peratus.
Tidak dapat dinafikan, Petronas mendapat untung jika harga minyak terus meningkat tetapi kalau kerajaan bertahan dengan tidak menaikkan harga minyak, berapa banyak subsidi terpaksa ditanggung? Petronas mungkin mampu bertahan tetapi ini akan mengurangkan pelaburan untuk mencari gali minyak di laut dalam.
Untuk jangka pendek kita untung, popular tetapi jangka panjang, kita akan lihat pendapatan Petronas menguncup sebab pelaburan semula semakin berkurangan.
Bagi jangka panjang hasil minyak menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selebihnya kira-kira 62 peratus daripada sektor-sektor lain. Kalau pendapatan Petronas berkurangan, sumbangan KDNK katakan menurun kepada 30 peratus, ertinya kita hilang lapan peratus, dari sektor mana pula kita mahu ganti sumbangan lapan peratus itu?
Untuk berharap kepada sektor perindustrian ia memang sukar terutama ketika ekonomi berada dalam keadaan lembap.
Kebanyakan barang-barang perindustrian kita eksport ke luar negara, apabila berlaku kenaikan harga minyak, ia juga akan menyebabkan kenaikan harga barang-barang lain terutama perkhidmatan.
Barangan kita sudah tentu semakin mahal, adakah masih ada orang mahu membeli barang kita? Mungkin boleh beli tetapi dalam kuantiti yang kurang, bila ini berlaku, pengeluaran industri akan berkurangan menyebabkan sektor pekerjaan terpaksa dikurangkan, ini dipanggil penguncupan ekonomi, untuk jangka panjang akan berlaku kelembapan ekonomi.
Saya ingin memetik kata-kata Ibnu Khaldoum, “tahap harga yang stabil patut diamalkan sesebuah negara, itu pilihan terbaik sesebuah negara harus mempertahankan harga stabil, jika inflasi naik, ini akan merosakkan keadilan, yang untung siapa? yang miskin bertambah miskin, pendapatan golongan pertengahan akan turun disebabkan kos hidup semakin tinggi, yang miskin akan menjadi semakin miskin, itu maksud tidak ada keadilan.”
Jadi yang terbaik sekali kawal inflasi. Sekarang ini ia berada pada kedudukan 3 hingga 4.2 peratus tetapi ahli ekonomi menjangkakan ia akan meningkat kepada 5 atau 6 peratus, itu keadaan tidak stabil.
Adakah ini bermakna dengan kata lain rakyat mahu tidak mahu terpaksa berdepan juga situasi itu?
DR. ABD. SAMAD: Kita sebagai rakyat sudah tentu terpaksa menghadapi keadaan yang masih lagi dianggap tidak meruncing tetapi berada dalam satu tahap yang susah terutama bagi orang makan gaji.
Bila berlaku kenaikan harga barang, apa akan jadi kepada orang berpendapatan tetap, gaji mereka tetap katakan RM1,000 sebulan, tetapi kini terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan sesuatu barang berbanding sebelum itu.
Selain itu dengan pendapatan RM1,000, kita juga harus membayar cukai, itu bukan pendapatan benar, ia dipanggil pendapatan kasar.
Pendapatan benar patut dipegang rakyat tetapi kenaikan harga barang, pendapatan benar akan mengecil, ini memberi kesan besar.
Apa akan jadi kalau harga minyak dunia terus naik kepada AS$200?
DR. ABD. SAMAD: Kerajaan sudah janji harga minyak tidak naik sehingga hujung tahun ini. Oleh itu rakyat tidak ada masalah walaupun harga minyak dunia naik, sebab kerajaan beri subsidi yang banyak tetapi yang menanggung kesan ialah Petronas dan kerajaan. Ini bermakna banyak peruntukan lain seperti pembangunan terpaksa dikurangkan.
Tetapi bagaimana kalau tiba-tiba kerajaan tarik balik kenyataan itu, harga minyak dinaikkan mengikut pasaran? Pada saya ketika itu, golongan pekerja yang tidak mempunyai pendapatan minima terutama sektor swasta akan merasai keperitan.
Contohnya, pemandu bas. Berapa pendapatan pokok mereka, bolehkah mereka hidup dengan kenaikan harga barang yang semakin tinggi? Mampu atau tidak mereka hidup dengan RM300 sebulan, dengan lima orang anak, mereka terpaksa mengejar trip, kemudian timbul macam-macam masalah seperti kemalangan.
Bagaimana pula 1.2 juta kakitangan awam dengan kira-kira 70 peratus berada dalam kumpulan sokongan. Walaupun ada pendapatan minima tetapi berapa gaji mereka? Pendapatan RM1,000 sebulan di bandar besar dengan lima anak dengan RM1,000 sebulan di Machang, Kelantan begitu jauh berbeza, boleh hidup ke tidak di bandar besar? Hakikatnya banyak implikasi akan berlaku jika harga minyak dinaikkan lagi.
Kalau kerajaan terpaksa ikut harga pasaran, ertinya harga minyak dinaikkan lagi, apakah langkah yang harus diambil bagi mengurangkan beban rakyat?
DR. ABD. SAMAD: Pertama, cara terbaik ialah terpaksa menghapuskan beberapa cukai terutama cukai pendapatan. Langkah ini harus dilakukan bagi membantu rakyat menampung kenaikan kos hidup terutama di bandar-bandar besar.
Kedua, kalau boleh, kaji semula kadar tol sebab saya lihat berlaku kenaikan kos akibat peningkatan harga minyak ini ialah di Lembah Klang dan bandar-bandar besar tetapi di Lembah Klang terlalu banyak tol. Sistem jalan raya di negara maju seperti Britain dan AS begitu baik tetapi tidak ada tol.
Norway pula merupakan negara Eropah yang paling banyak tol dalam bandar. Mereka terpaksa berbuat demikian bagi menampung kos memandangkan terpaksa ‘tebuk’ bukit-bukit untuk membina lebuh raya.
Di Malaysia terutama Lembah Klang ini banyak tol. Kerajaan kena kaji semula konsesi tol.
Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat di bandar. Jika tidak mahu dikurangkan mungkin kerajaan boleh memikirkan tindakan mengisytiharkan hari-hari tertentu sebagai ‘hari bebas tol’.
Langkah ketiga ialah memperbaiki mutu pengangkutan awam. Kita mahu kurangkan kereta di jalan raya dan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Hakikatnya, ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat sistem pengangkutan awam di seluruh negara harus diperbaiki.
Sebagai contoh, di Puchong, Subang dan Shah Alam mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi belum ada lagi LRT. Selagi sistem jaringan ini tidak diperbaiki, selagi itulah pengguna tidak mahu menggunakan pengangkutan awam.
Keadaan itu akan menyebabkan mereka menanggung kos yang besar untuk pergi ke mana-mana termasuk bekerja.
Usaha keempat yang harus dilakukan oleh kerajaan, ialah melaksanakan sistem pendidikan secara percuma seperti mana dilaksanakan di Britain. Di negara itu dari tahun satu hingga sekolah menengah, tiada bayaran dikenakan di sekolah bahkan pensil dan buku diberi percuma. Saya tinggal di sana empat tahun tidak pernah keluarkan wang kepada sekolah, tetapi mampukah kita laksanakannya di sini, kalau mampu Alhamdulillah, itu cara kita membantu rakyat.
Kelima ialah perlu ada gaji minima, ini sensitif tetapi sebagai ahli akademik saya terpaksa suarakan, gaji minima perlu dilaksanakan serta-merta berikutan kenaikan kos hidup ketika ini. Bayangkan kakitangan sokongan seperti kerani yang berpendapatan RM800 sebulan termasuk elaun, macam mana hendak hidup di Lembah Klang. Akhirnya mereka terpaksa melakukan kerja sambilan seperti memandu teksi tetapi ini menjejaskan produktiviti kerja mereka di pejabat.
Keenam, kerajaan boleh membantu dengan mencari alternatif penggunaan petrol seperti gas tetapi masalahnya tidak semua tempat ada saluran gas. Di Pantai Timur tidak ada kemudahan itu. Bagaimanapun usaha harus dilakukan bagi membolehkan rakyat menggunakan gas atau biodiesel. Ini sedikit sebanyak boleh menambahkan penyelidikan dan pembangunan di institusi pengajian tinggi.
Selain itu, cara hidup rakyat sendiri kena ubah, berhemah setiap masa, jangan terlalu boros, kurangkan tengok wayang, konsert hiburan dan perkara- perkara lain yang dianggap membazirkan wang.
Apa pula tindakan-tindakan segera yang boleh diambil?
DR. ABD. SAMAD: Kurangkan penggunaan petrol. Setiap orang kalau boleh minimakan pergerakan kenderaan. Ini sedikit sebanyak menjimatkan petrol dan perbelanjaan. Kita kena betul-betul tegas, kalau hendak guna juga, kena berhemah. Contohnya, kalau kita mahu ke kedai yang terletak berhampiran rumah kita, jalan kaki sahaja, jangan menaiki kenderaan.
Saya juga nampak trend menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) adalah satu pembaziran dan harus dihapuskan. Apa gunanya kita membantu syarikat-syarikat telekomunikasi ini sebab lagi banyak kita hantar SMS, lagi untung syarikat-syarikat itu.
Pada pandangan saya trend menghantar SMS itu tidak baik, merosakkan jiwa perbelanjaan rakyat.
Sekarang terlalu banyak ruang menggalakkan orang hantar SMS, ini sudah tentulah memberi peluang kepada syarikat komunikasi mengaut keuntungan yang banyak. Kalau boleh nasihatkan rakyat jangan terlalu banyak hantar SMS kerana apa yang kita lihat ia lebih bertujuan kepada hiburan terutama di kalangan generasi muda.
Saya juga melihat kita perlu mengekalkan kuasa beli. Sebagai pengguna, kita perlu menjadi raja, kalau tidak mahu beli, jangan beli, jika hendak ke pasar raya buat senarai barang yang hendak dibeli kalau tidak termasuk dalam senarai jangan beli. Kita ada kuasa menentukannya.
Selain itu, kita harus memilih pasar raya yang menawarkan harga lebih murah. Jangan pilih kedai yang terkenal tetapi menjual barang dengan harga mahal. Kenapa harus memilih kedai yang jual mahal, sepatutnya kita berbelanja tanpa tengok nama kedai. Kena bandingkan harga, jangan terus beli.
Itulah beberapa langkah yang harus dilakukan oleh rakyat bagi menghadapi keadaan peningkatan kos hidup berikutan kenaikan harga minyak.
yang benar
aini
Monday, 19 March 2012
Courage is what makes us
Courage is what divides us
Courage is what drives us
Courage is what stops us
Courage creates news
Courage demands more
Courage creates blame
Courage brings shame
Courage shows in school
Courage determines the cool
Courage divides the weak
Courage pours out like a leak
Courage puts us on a knee
Courage makes us free
Courage makes us plea
Courage helps us flee
Courage is what divides us
Courage is what drives us
Courage is what stops us
Courage creates news
Courage demands more
Courage creates blame
Courage brings shame
Courage shows in school
Courage determines the cool
Courage divides the weak
Courage pours out like a leak
Courage puts us on a knee
Courage makes us free
Courage makes us plea
Courage helps us flee
Corey Fauchon
nur firzanah afifah
mempelajari ict
ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.
Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”
Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”
Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."
Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."
Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."
Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullahitu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.
nur athirah rosli
nur athirah rosli
faedah belajar secara berkumpulan
Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan. Apabila ditanya tentang belajar secara berkumpulan, ramai orang mengatakan bahawa ia dilaksanakan bersama rakan-rakan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah.
Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Itulah sebab perkongsian pendapat dilakukan, supaya mereka dapat memilih jawapan yang paling sesuai. Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan.
Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah mempunyai adab dan disiplin diri yang tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang akan mempunyai pandangan yang berlainan dan jika ahli-ahli dalam kumpulan tersebut tidak berdisiplin, mereka tidak akan dapat mengemukakan idea dengan teratur dan mereka pasti tidak akan dapat bersedia untuk berbeza pendapat dan ini akan menuju kepada perselisihan faham antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut.
Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain, dan seseorang daripada kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tidak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak terasa janggal
Seterusnya, apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga enam orang ahli dan sekiranya dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi suatu masalah kerana masih terdapat empat orang ahli yang boleh bekerjasama untuk membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan.
Tambahan pula, belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.
Secara luaran dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Secara ringkasnya, belajar secara berkumpulan banyak membantu jika dilaksanakan dengan betul.
-qurratu aini-
-qurratu aini-
menghormati ibu bapa
►
Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka. ►
pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa ►
Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar. ►
Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam. ►
Tidak membantah kata-kata mereka. ►
Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa. Pelbagai cara boleh dilakukan
untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:
Tidak menyakiti perasaan mereka. ►
Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah. ►
Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian. ►
Merawati mereka ketika sakit. ►
Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya. ►
Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. ►
Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:
Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai kita. ►
Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat. ►
Menunaikan janji mereka. ►
Memuliakan rakan-rakan mereka.► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka. nur firzanahIslam telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:
|
|
|
Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.
Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka.. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Dengan ini pelajar dapat membuat pembetulan.. Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh,mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme,vandalisme,ponteng sekolah,melepak dan lain-lain. Oleh itu,jadilah pelajar yang berdisiplin.
Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Mereka juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.
Pelajar boleh menghargai guru dengan mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contoh, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya.
Sesungguhnya,guru ibarat lilin yang sanggup menerangi orang lain. Oleh itu,setiap pelajar perlu menghargai guru. Hal ini kerana guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita membenci guru kerana sikap ini tidak bermoral.
contoh karangan
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, panel hakim yang
arif lagi bijaksana, barisan pembangkang yang dihormati dan guru-guru serta rakan-rakan yang
dikasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan satu perbahasan yang bertajuk
“Belajar Komputer Memang Memanfaatkan Kita”. Sebagai pihak pencadang, saya tetap
menyokong tajuk ini.
Hadirin sekalian,
Tajuk perbahasan saya hari ini ialah belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan.
Hal ini kerana dengan belajar komputer, kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran. Antaranya
adalah kemahiran menaip, melukis, mengarang dan sebagainya. Hasil kerja dengan
menggunakan komputer juga tentulah lebih kemas, bersih dan cantik.
Di samping itu juga, kita dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dengan
menggunakan komputer. Kemudahan internet di komputer memudahkan kita memperoleh
maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pelajaran, pelancongan, kesihatan dan
sebagainya. Oleh itu, ilmu pengetahuan kita akan bertambah luas.
Hadirin yang dihormati,
Penggunaan komputer menyebabkan dunia bagai di hujung jari. Hal ini kerana, apabila
peristiwa dan berita yang terjadi di luar negara atau di dalam negara dapat diketahui dengan
pantas melalui internet. Justeru, kita tidak lagi seperti katak di bawah tempurung.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan cara berfaedah agar tidak terjebak
dalam aktiviti yang negatif. Mempelajari komputer banyak menyumbang bakti kepada kita
khususnya murid-murid dalam pelajaran.
Akhir sekali, benarlah bahawa belajar komputer banyak mendatangkan kebaikan daripada
keburukan. Sebelum mengundurkan diri, saya mengucapkan sekian terima kasih. Sekali lagi
saya menegaskan bahawa belajar komputer memang memanfaatkan kita. Di sini, izinkan saya
menohon maaf sekiranya terdapat seberang ketelanjuran kata dalam perbahasan tersebut.
Sekian, terima kasih.nur athirah rosli
Subscribe to:
Posts (Atom)