BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 24 June 2012

Kanser Serviks


 Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di MalaysiaBarah pangkal rahimjuga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).
Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepadahuman papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin (genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.
Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5). Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.
Jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang tersebar melalui hubungan seks memberi risiko yang tinggi pada wanita yang sering bertukar pasangan hubungan seks ataupun wanita yang mempunyai seorang sahaja pasangan hubungan seks akan tetapi pasangannya itu banyak bertukar pasangan berhubungan seks. Lelaki adalah juga pembawa virus Human Papilloma (HPV).
Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.
Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.
Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.
‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.
Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satuketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.
Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?
  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum berperanan untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan berdisiplin.Berikan pendapat anda tentang perkara tersebut


Aktiviti kokurikulum merujuk aktiviti yang luar darjah yang melibatkan aktviti yang berpersatuan, lasak dan mungkin kemahiran tertentu. Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu pperspektif baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupan mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka.


Sebenarnya, aktiviti kokurikulum memberikan pelajar satu keyakinan diri yang hakiki menerusi pembabitan mereka dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan itu. Keyakinan diri ini timbul kerana setiap kali berjaya melaksanakan sesuatu tugasan itu mereka akan menimba pengalaman yang memberi mereka satu jangkaan awal apabila melakukan aktiviti lain pula. Sudah pasti perasaan ini memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan selepas sekolah yang lebih mencabar suasananya. Maka, penglibatan kokurikulum memang memberi manfaat kepada seseorang pelajar itu.
Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri mereka. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputii pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu projek itu. Semua aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika seseorang pelajar itu mempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk belajar dan beraktivti hanya boleh diseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi. Oleh itu, pelajar yang melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti ini akan mempunyai satu sikap mementingkan disiplin yang tinggi.

Malah, pembabitan pelajar dalam kokurikulum menghasilkan pelajar yang berhati mulia dan baik. Rasa hormat kepada ibu bapa, guru dan rakan sebaya terhasil kerana setiap aktiviti kokurikulum menekankan aspek menghormati orang lain. Kekerapan melakukan aktivit ini secara tidak langsung akan menerapkan nilai-nilai kesopanan yang jitu dalam diri mereka. Jelaslah, kokurikulum mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang memiliki ciri-ciri sopan yang tinggi.

Mungkin satu impak positif kegiatan kokurikulum yang baik ialah aktiviti ini memberikan pelajar satu sikap bersaing yang tinggi. Sikap persaingan positif ini menyebabkan pelajar tidak gentar untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Mereka seolah-olah sudah lali untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dalam aspek alam persekolahan atau kehidupan biasa mereka. 

Justeru, Konklusinya, pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum akan berjaya memiliki satu personaliti yang berkualiti tinggi. Semua ciri yang diutarakan di dalam hujah ini akan membantu mereka untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan yang besar ini. Cuma pelajar yang sebegini lebih mudah untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Slogan 'pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa” sesuai menjadi pedoman kita dalam aspek ini.

ISRAK MIKRAJ

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. 

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda. 

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu. 

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SUMBER : BLOG CIKGU KHAIRIZA .

Setelah sekian lama tidak menghadirkan diri di alam maya ini, saya terpanggil untuk mengupas tajuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang saya percaya ianya amat berguna untuk setiap guru.

PBS yang dilaksanakan adalah sesuatu yang patut dimurnikan oleh semua guru kerana ianya memberi penilaian lebih terhadap murid.  PBS dilihat sebagai satu usaha oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi penambahbaikan terhadap pencapaian murid di dalam peperiksaan utama, khususnya UPSR dan PMR.

PBS dilihat sebagai satu langkah penting bagi menentukan penguasaan murid secara lebih bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.  PBS merujuk kepada pentaksiran yang bersifat holistik yang merangkumi nilai intelek, emosi dan rohani serta jasmani selaras dengan FPK dan KSSR.  Ini kerana PBS mencakupi dan mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Guru diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan ketika proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah.  Pentaksiran Sekolah menjadi satu elemen utama dalam proses P&P kerana ia dilihat berfungsi mengukuhkan pembelajaran murid serta meningkatkan pengajaran guru serta berupaya memberi maklumat yang sah mengenai apa sahaja pencapaian dan pelaksanaan dalam setiap proses P&P.

PBS mengandungi empat komponen, dua komponen bersifat akademik iaitu Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat. Dua komponen bersifat bukan akademik iaitu Pentaksiran Psikometrik (sikap dan personaliti pelajar) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Semoga proses penambahbaikan oleh KPM ini dapat melahirkan insan yang lebih cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi merangkumi bukan akademik dan yang penting mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan mithali.