BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 11 April 2012

Gempa Bumi di Aceh

Agensi mitigasi bencana Indonesia menghantar pasukan penyelamat ke Aceh, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini, yang disusuli dengan amaran tsunami yang dikeluarkan kerajaan Indonesia. Gempa bumi kuat itu menyebabkan bekalan elektrik di beberapa wilayah terputus, manakala orang ramai bergegas ke kawasan lebih tinggi.
Gempa bumi sangat kuat dirasai, bekalan elektrik terputus, jalan menuju ke kawasan tinggi sesak dan kedengaran siren di merata tempat. Bacaan ayat suci al-Quran kedengaran di semua masjid.
Jakarta – Badan Meterologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengatakan gelombang tsunami sudah terdeteksi di Sabang dan Meulaboh, Nanggroe Aceh Darussalam. Berdasarkan data dari BMKG, akibat gempa berkekuatan 8.3 pada Skala Richter yang terjadi pada Rabu (11/4/2012), sekitar pukul 15.38 WIB, telah terdeteksi tsunami di Sabang pada pukul 17.00 WIB, dengan ketinggian 0,06 m dan Meulaboh pukul 17.04 WIB setinggi 0.8 meter. – Petikan Inilah.com
Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 7,6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi kita semua perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. Takut sekiranya berlaku kejadian tsunami.

No comments:

Post a Comment